10/10/2015

Biar



"Weh,kau kena fitnah ni" *Si sahabat ketawa*

"Kau gelak je?" *bingung*

Then?Nak aku menangis sampai keluar hingus?

"Taklah.At least,you should say something.Macam bersihkan nama kau balik ke atau jumpa depan mata si pemfitnah atau press comference ke?"

Haha!Ketika dirimu dicaci ingatlah,bersabarlah."Aku hamba Allah.Dia tidak akan mengecewakanku"Kau dengar cakap aku nih.Apabila kau jujur,orang lain mungkin akan menipumu.

Apabila kau berbuat baik,orang lain mungkin akan mengambil kesempatan ke atasmu.

Pertolongan yang kau lakukan hari ini mungkin tidak akan dikenang dikemudian hari.

Apa yang kau usahakan bertahun-tahun mungkin dapat dihancurkan oleh orang lain dalam sekelip mata.

Tapi,kau boleh terus menjadi jujur dan berbuat baik.Tetaplah menjadi orang yang kuat, jangan berhenti menjadi baik dan percayalah "Aku hamba Allah,Dia tidak akan mengecewakanku" Jadi apa yang orang buat pada kita.Biar.Biarkan saja.